Thursday 19 December 2013



Ajk Bacaan Doa
Syukur Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga program Bina Insan Guru ini yang diadakan pada minggu lepas. Terima kasihjuga diucapkan kepada Penyelaras Program, kerana telah memberi banyak tunjuk ajar sepanjang kami menjayakan program seumpama ini. Juga kepada Pengerusi, Ahmad Saiful Bukhari.

Tidak banyak yang ingin saya perkatakan dalam ulasan saya kerana tugas yang diamanahkan kepada saya tidak melibatkan orang lain di bawah bidang jawatankuasa bacaan doa. Cuma, saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan  individu yang terlibat dalam bacaan doa yang akan datang agar menekankan mengenai kesediaan penyempurnaan tugas yang diberikan supaya kerja yang dilakukan adalah kerana Allah dan ikhlas dalam hati. 

Program Bina Insan Guru Insan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesioan perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi.

Kesimpulannya, sepanjang melaksanakan program ini, secara tidak langsung saya berpeluang melatih diri saya menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas Sekian, terima kasih.


AJK Backdrop
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan pelaksanaan Program Bina Insan Guru ini. Saya selaku ahli di dalam jawatankuasa Backdrop begitu berbangga dan berterima kasih di atas kejayaan dalam menjayakan tugas yang dibantu oleh rakan-rakan kami terutamanya ketua kami iaitu Pn. Hazura serta rakan-rakan lain yang banyak membantu di dalam menjayakan program ini.

Malaysia amat bertuah kerana mempunyai sebuah Institusi yang mengamalkan Program Bina Insan Guru, ini kerana program seumpama ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri seorang guru itu. Program seperti ini banyak mengajar saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang baik apabila saya menerima diploma nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah seseorang guru itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang guru kelak. Program kali ini telah menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berkeyakinan dalam penyediaan diri saya menjadi seorang guru yang berguna pada masa akan datang. Program ini juga mampu membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Seseorang guru itu perlu mengetahui mengapa seseorang pelajar itu mempunyai masalah dan melakukan masalah apabila di sekolah. Kebanyakkan pelajar melakukan masalah akibat tekanan yang mereka alami ini mungkin diakibatkan oleh ibu bapa mereka, kawasan persekitaran mereka, jiran tetangga mereka, rakan sebaya mereka, dan pelbagai faktor lain dan di sinilah tugas saya sebagai seorang guru untuk menggunakan kebolehan saya membantu menyelesaikan masalah mereka.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang kami hadapi antaranya ialah dalam usaha kami untuk meminta maklumat program yang kami dapat melalui tentatif program. Akibat daripada banyak perubahan yang dilakukan ke atas buku program maka banyak jugalah perubahan yang kami buat di saat-saat akhir sehinggakan terdapat banyak kesilapan dalam persembahan backdrop yang kami buat. Terutamanya VIP yang terlibat di dalam menjayakan program ini, kami tidak sertakan nama-nama mereka di dalam persembahan backdrop. Selain daripada itu, kekurangan lain ialah kualiti persembahan backdrop yang kami buat agak kurang memuaskan dan Nampak begitu biasa sahaja. Jadi, saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

Pelbagai pengalaman dan ilmu yang kami peroleh sepanjang melaksanakan program ini walaupun pelbagai kekangan terpaksa kami harungi. Antaranya ialah saya dapat belajar menyelesaikan tugasan secara muafakat iaitu di dalam kumpulan. Selain itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bagaimana untuk melaksanakan program seumpama ini di masa akan datang. Walaupun saya di bawah AJK backdrop, tetapi saya sedikit sebanyak dapat memahami bidang-bidang tugas daripada AJK lain kerana sepanjang pelaksanaan program, saya juga bekerjasama dengan AJK Peralaran, AJK Buku Program dan AJK Siaraya. Oleh itu, ini sedikit sebanyak membantu saya kelak jika saya menguruskan program seumpama ini.

Kesimpulannya, sepanjang melaksanakan program ini, secara tidak langsung saya berpeluang melatih diri saya menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan sekaligus menyedarkan saya betapa pentingnya nilai kerjasama bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan yang perlu disempurnakan ini. Sekian, terima kasih.